My Blog
Just another WordPress.com weblog

PROSEDUR TETAP PERKHEMAHAN

BAB VI
PROSEDUR TETAP PERKHEMAHAN
1. Definisi Perkhemahan
Berkhemah adalah penghidupan di luar sama ada di hutan, di pantai, di bukit, di gunung
dan sebagainya. Berkhemah bermakna anda menerima atau memikul beberapa
tanggungjawab terhadap pengurusan makanan, perlindungan dan melibatkan diri dalam
aktiviti berkaitan dengan persekitaran anda. Sekiranya anda berkhemah secara
individu atau berkumpulan, perhubungan rapat dengan alam semulajadi perlu anda
utamakan.
2. Tujuan Perkhemahan
2.1 Meningkatkan ketakwaan kepada Tuhan.
2.2 Meningkatkan kecekapan dan kendiri.
2.3 Menghayati erti batasan kehidupan.
2.4 Memupuk semangat keberanian dan kreativiti.
2.5 Meningkatkan semangat kekitaan, bepersatuan dan disiplin.
2.6 Meningkatkan tahap kesihatan fizikal dan mental.
3. Peringkat Prosedur Tetap.
Peringkat Prosedur Tetap terbahagi kepada tiga kategori:
3.1 Sebelum.
3.2 Semasa.
3.3 Selepas.
PROSEDUR TETAP SEBELUM PERKHEMAHAN
1. Peraturan Pelaksanaan Perkhemahan
1.1 Kebenaran mengadakan perkhemahan mestilah diperolehi dengan
mengemukakan permohonan bertulis mengikut ketentuan kawasan berikut:
1.1.1 Dalam kawasan sekolah { kelulusan Pengetua / Guru Besar };
1.1.2 Dalam daerah di luar kawasan sekolah { kelulusan Pegawai Pendidikan
Daerah };
1.1.3 Dalam negeri tetapi di luar daerah / luar negeri { kelulusan Pengarah
Pendidikan Negeri };
1.1.4 Luar negara { kelulusan Pengarah Bahagian Sekolah, Kementeian
Pendidikan Malaysia }.
Setiap permohonan perlulah disertakan dengan dokumen-dokumen sokongan
yang berikut :
a. Kertas cadangan pelaksanaan perkhemahan
( Rujuk Lampiran A1 )
10 1
b. Senarai nama pelajar dan guru pengiring
c. Senarai nama jurulatih yang akan memimpin dan menyelia
perkhemahan.
d. Senarai tugas jawatankuasa pelaksanaan.
e. Jadual aktiviti perkhemahan.
f. Perlantikan dan mesyuarat Jawatankuasa Induk serta
pelaksanaan.( Rujuk SP Bil 24/1998 )
1.2 Jika perkhemahan dibuat di luar kawasan sekolah yang melibatkan
pengangkutan, pihak tuan dikehendaki memohon kebenaran mengadakan
lawatan kepada Pengarah Pendidikan Negeri ( u.p. Unit Perhubungan dan
Pendaftaran, Sektor Pengurusan Sekolah ) dengan mematuhi ‘The Schools
(Tours) Regulations, 1957’ dengan menyertakan bersama salinan surat
kebenaran perkhemahan daripada Unit Kokurikulum, Sektor Pengurusan
Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Negeri.
1.3 Pihak penganjur perkhemahan mestilah melantik secara bertulis sekurangkurangnya
seorang jurulatih bertauliah yang berkelayakan dan berkemahiran
untuk memimpin serta menyelia program perkhemahan yang akan dijalankan.
Suatu perjanjian persefahaman perlu dibuat antara pihak penganjur dengan
jurulatih yang dilantik itu ( Rujuk para 3E, SPI Bil. 24/1998 ).
1.4 Pemberitahuan mengenai perkhemahan yang akan dijalankan mestilah
dikemukakan kepada:
1.4.1 Balai Polis yang paling hampir dengan lokasi perkhemahan.
1.4.2 Balai Bomba dan Penyelamat yang paling hampir dengan lokasi
perkhemahan.
1.4.3 Pejabat/Pusat Kesihatan yang paling hampir dengan lokasi perkhemahan
1.4.4 Pejabat Pentadbiran/Pejabat Penghulu yang paling hampir dengan lokasi
perkhemahan
1.5 Penyertaan murid dalam setiap perkhemahan mestilah atas kerelaan dan
kesanggupan sendiri dengan mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa
atau penjaga masing-masing. ( Rujuk para 3F, SPI Bil 24/998 )
1.6 Setiap peserta yang akan menyertai sesuatu perkhemahan mestilah sihat,
bersedia dan telah menjalani latihan-latihan asas yang berkaitan. Kejayaan
menjalani latihan-latihan asas ini mestilah dijadikan prasyarat kepada peserta.
1.7 Taklimat awal mengenai aktiviti-aktiviti, peraturan dan langkah-langkah
keselamatan perlu diambil semasa perkhemahan, mestilah diberikan kepada
semua peserta.
1.8 Kebenaran bertulis menggunakan tapak lokasi perkhemahan mestilah diperoleh
terlebih dahulu daripada pihak yang berkuasa.
1.9 Lokasi Perkhemahan mestilah sesuai dan terjamin keselamatannya dari segi:
1.9.1 gangguan binatang buas dan haiwan berbisa;
1.9.2 hakisan atau tanah runtuh;
1.9.4 banjir;
1.9.5 ribut atau gelombang besar;
10 2
1.9.6 wabak penyakit;
1.9.7 kemalangan di luar jangkaan seperti pokok tumbang, dahan jatuh dan
sebagainya. ( Rujuk para 2.4 SPI Bil. 12/2000 dan SPI Bil. 9/2000 )
1.10 Jurubantumula mestilah dilantik dan berada bersama peserta pada sepanjang
masa perkhemahan. ( Rujuk para 3E, SP Bil. 24/1998 )
1.11 Penyertaan murid mestilah disertai oleh guru-guru pengiring yang dilantik secara
bertulis oleh Pengetua atau Guru Besar. Guru tersebut diberi kuasa secara
bertulis untuk mengawal dan menyelia keselamatan, disiplin dan kebajikan murid
sepanjang tempoh perkhemahan.
1.12. Semua keperluan logistik ( peralatan perkhemahan ) hendaklah mencukupi dan
berada dalam keadaan yang baik.
2. Organisasi Perkhemahan
2.1 Organisasi adalah jentera yang menggerakkan aktiviti untuk kumpulan. Justeru,
organisasi tersebut dirancang berdasarkan perkara-perkara di bawah:
2.1.1 Penganjur.
Nama pihak yang menganjurkan perkhemahan tersebut perlu dicatatkan
sama ada penganjuran utama atau penganjuran bersama.
2.1.2 Peserta.
Menentukan kumpulan sasaran dan kriteria peserta perkhemahan.
2.1.3 Saiz Kumpulan.
Menentukan jumlah bilangan minima atau maksima ahli bagi setiap
kumpulan.
2.1.4 Syarat.
Menetapkan syarat-syarat tertentu kepada peserta perkhemahan seperti
jantina, had umur, keadaan tubuh badan, kelulusan akademik, kemahiran
tertentu dan lain-lain.
2.1.5 Kepimpinan.
Menentukan organisasi kepimpinan dalam kumpulan-kumpulan semasa
perkhemahan
2.1.6 Jawatankuasa.
Ahli Jawatankuasa Induk perlu ditentukan terlebih dahulu bagi
melaksanakan perkhemahan.
PROSEDUR TETAP SEMASA PERKHEMAHAN
Semasa perkhemahan perkara atau tindakan yang perlu diambil ialah:
1. Memastikan kesihatan dan kebajikan para peserta sepanjang perkhemahan terkawal
dan terjamin, khususnya berkaitan perkara-perkara berikut:
1.1 Jangkitan penyakit seperti malaria, campak, selsema dan lain-lain.
1.2 Keracunan makanan.
10 3
1.3 Kemudahan-kemudahan asas.
1.4 Sistem komunikasi.
2. Memastikan Prosedur Keselamatan dilaksanakan dan dipatuhi.(Rujuk SPI. Bil. 12/2000)
3. Memastikan Jadual Perkhemahan dilaksanakan mengikut perancangan. Namun
perancangan boleh diubahsuai jika berlaku perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan
seperti faktor-faktor alam, manusia dan lain-lain.
4. Mesyuarat penyelarasan harus dibuat pada akhir aktiviti setiap hari bagi menilai dan
membincangkan masalah-masalah yang timbul untuk diperbaiki pada hari berikut/masa
hadapan.
5. Memastikan pemantauan terhadap aktiviti dilakukan sepanjang masa.
PROSEDUR TETAP SELEPAS PERKHEMAHAN
Perkara-perkara yang perlu dilakukan selepas perkhemahan:
1. Memastikan keperluan logistik atau peralatan perkhemahan mencukupi dan berada
dalam keadaan bersih dan baik.
2. Memastikan kawasan perkhemahan berada dalam keadaan bersih seperti sebelumnya.
3. Memohon kebenaran daripada pemilik atau penduduk setempat untuk meninggalkan
kawasan perkhemahan.
3. Mengadakan analisa bagi menilai semula aktiviti yang dijalankan dan mengenalpasti
kelemahan-kelemahan untuk diambil tindakan selanjutnya.
4. Membentang dan membuat laporan:
5.1 Kewangan.
5.2 Aktiviti.
6. Mengedar surat penghargaan kepada pihak terlibat dan sijil pencapaian serta
penyertaan kepada peserta perkhemahan.
7. Mendokumentasikan program tersebut sebagai panduan dan rujukan pada masa
hadapan.
Lampiran A1
Contoh Tajuk-Tajuk Kertas Cadangan Perlaksanaan Perkhemahan
1. Nama Perkhemahan
2. Latar Blakang / Rasional.
3. Matlamat.
4. Objektif.
5. Tarikh dan Tempat.
6. Sasaran Penyertaan.
7. Ahli Jawatankuasa Induk.
8. Ahli Jawatankuasa Pelaksana.
9. Aktiviti dan Jadual Perkhemahan.
10. Peraturan-Peraturan Perkhemahan.
11. Anggaran Perbelanjaan.
12. Harapan dan Penutup.
10 4
Lampiran B1
Contoh Peraturan-Peraturan Keselamatan Perkehmahan
1. Semasa perkhemahan, tuan/puan hendaklah menjalinkan silaturahim, kenal- mengenali
dan hormat-menghormati antara satu sama lain.
2. Peserta diwajibkan mengerjakan solat berjemaah di surau pada waktu yang ditetapkan
oleh kem komandan.
3. Semua peserta diwajibkan menghadirkan diri dan menepati masa dalam setiap program.
4. Menjaga segala peralatan yang disediakan . Dilarang merosakkan atau memindahkan
peralatan ke tempat lain.
5. Semua pihak yang terlibat dalam perkhemahan dilarang merokok dalam kawasan
perkhemahan dan membuang sampah di merata-rata tempat.
6. Dilarang menebang atau merosakkan pokok-pokok yang terdapat dalam kawasan
perkhemahan.
7. Tidak dibenarkan memberi sebarang makanan kepada binatang-binatang.
8. Lelaki tidak dibenarkan masuk ke kawasan perkhemahan perempuan dan demikian juga
sebaliknya tanpa kebenaran.
9. Hendaklah sentiasa berpakaian kemas dan tidak boleh memakai selipar atau kain
pelikat sama ada ke dewan makan atau keluar daripada kawasan perkhemahan.
10. Segala bentuk perjudian dan minuman keras diharamkan sama sekali .
11. Setiap peserta, tidak dibenarkan berkeliaran di luar khemah masing-masing, selepas
jam 12.00 tengah malam.
12. Tidak dibenarkan memancing, berburu dan menangkap binatang tanpa kebenaran
semasa perkhemahan.
13. Peserta yang melanggar peraturan keselamatan ini akan dikenakan tindakan oleh
Jawatankuasa Keselamatan/Urusetia.
14. Tidak dibenarkan membeli makanan dan minuman dari luar semasa perkhemahan.
15. Tidak dibenarkan keluar dari kawasan perkhemahan kecuali semasa aktiviti rasmi.
16. Penjagaan diri/peralatan/harta persendirian perlu diberi keutamaan.
17. Aktiviti penggunaan air dan api perlu dijalankan di bawah penyeliaan/pengawasan dan
mendapat kebenaran dari pihak berkenaan.
18. Penggunaan peralatan berbahaya hendaklah di bawah penyeliaan dan pengawasan
pihak bertanggungjawab.
19. Tidak dibenarkan berinteraksi dengan orang luar tanpa kebenaran dari pihak penganjur.
20. Peraturan-peraturan lain mengenai keselamatan akan dimaklumkan dari semasa ke
semasa jika difikirkan perlu.
10 5
Lampiran C1
Contoh Surat Pemberitahuan Tentang Perkhemahan Tahunan Pasukan Pakaian Seragam
Peringkat Sekolah 2003.
Sekolah Kebangsaan Juara Rujukan Tuan:
Jalan Kulim, Rujukan Kami: SKJ/05/PPS/2003(11)
14000 Bukit Mertajam Tarikh : 20 Jun 2003
Pulau Pinang
Kepada Semua
Ibu Bapa/Penjaga Pelajar Tahap 2
Sekolah Kebangsaan Juara
Tuan / Puan,
Pemberitahuan Tentang Perkhemahan Tahunan Pasukan Pakaian Seragam Peringkat
Sekolah 2003.
Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa perkara di atas adalah dirujuk
2. Sehubungan itu dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Perkhemahan
Tahunan sepertimana yang tersebut di atas. Butir-butir mengenai perkhemahan tersebut adalah
seperti berikut:-
2.1 Tajuk : Perkhemahan Tahunan Pasukan Pakaian
Seragam Peringkat Sekolah 2003.
2.2 Tarikh : 21 Hingga 23 Julai 2003.
2.3 Masa : 10.00pg. 21/7 hingga 4.30ptg. 23/7
2.4 Tempat : Kawasan Padang SK Juara
2.5 Sasaran : Pelajar Tahap 2, SK Juara
2.6 Penyertaan : 200 pelajar dan 15 guru.
Sekian untuk makluman tuan, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
………………………………………
( ALI BIN ABDULLAH )
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Juara .
s.k 1. Pegawai Pelajaran Daerah Seberang Perai Utara & Tengah.
2. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah
10 6
Lampiran D1
Contoh Surat Memohon Kebenaran Mengadakan Perkhemahan Kapada Guru Besar
Setiausaha, Rujukan Tuan:
Jawatankuasa Pelaksana, Rujukan Kami: PPS/10/SU/2003(12)
Perkhemahan Pasukan Pakaian Seragam, Tarikh : 20 Mei 2003
Sekolah Kebangsaan Juara
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Juara
Jalan Kulim,
14000 Bukit Mertajam
Pulau Pinang.
Tuan,
Memohon Kebenaran Mengadakan Perkhemahan Pasukan Pakaian Seragam Peringkat
Sekolah 2003.
Sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sehubungan itu dipohon kebenaran tuan untuk kami mengadakan perkhemahan
tersebut pada ketetapan berikut :
2.1 Tarikh : 21 hingga 23 Julai 2003.
2.2 Hari : Jumaat hingga Ahad.
2.3 Masa : Sepenuh masa.
2.4 Tempat : Kawasan Padang Sekolah Kebangsaan Juara
3. Bersama-sama ini dilampirkan kertas cadangan perkhemahan untuk makluman dan
tindakan tuan.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
……………………………
( ABDUL SANI BIN JUMAT )
Penolong Kanan Kokurikulum,
Sekolah Kebangsaan Juara
Merangkap
Setiausaha,
Jawatankuasa Pelaksana Perkhemahan Pasukan Pakaian Seragam.
s.k. 1, Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah
2. Fail Perkhemahan
10 7
Lampiran E1
Contoh Surat Kelulusan Daripada Guru Besar Bagi Mengadakan Perkhemahan Peringkat
Sekolah
Sekolah Kebangsaan Juara , Rujukan Tuan: PPS/10/SU/2003(12)
Jalan Kulim, Rujukan Kami: SKJ /5/PS/2003(2)
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Tarikh : 25 Mei 2003
Setiausaha,
Jawatankuasa Pelaksana,
Perkhemahan Tahunan Pasukan Pakaian Seragam
Peringkat Sekolah 2003,
Sekolah Kebangsaan Juara
Jalan Kulim,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Tuan,
Perkhemahan Tahunan Pasukan Pakaian Seragam 2003.
Sukacitanya perkara di atas adalah dengan hormatnya dirujuk
2. Sehubungan itu dimaklumkan bahawa pihak sekolah sedia maklum dan tiada halangan
untuk tuan mengadakan perkhemahan tahunan tersebut selagi perkara-perkara tersebut di
bawah dipatuhi :
2.1 Tiada unsur-unsur paksaan.
2.2 Mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaga murid.
2.3 Memastikan langkah-langkah keselamatan dan kebajikan pelajar diutamakan
2.4 Segala kutipan kewangan telah mendapat kelulusan Jawatankuasa
Pelaksana dan persetujuan Ibu Bapa/Penjaga.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
…………………………………….
( ALI BIN ABDULLAH )
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Juara.
s.k. 1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah
2. Fail Perkhemahan
10 8
Lampiran F1
Contoh Surat Kebenaran Ibu Bapa/Penjaga
Nama dan Alamat Ibu Bapa/Penjaga
————————————————– Tarikh :
————————————————–
No.Telefon: ……………………………….
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Juara
Jalan Kulim,
14000 Bukit Mertajam
Pulau Pinang
Tuan / Puan,
Kebenaran Untuk Menyertai Aktiviti Perkhemahan Pasukan Pakaian Seragam Sekolah
2003
Saya …………………………………………………………….. No K/P………………………
Ibu / Bapa / Penjaga kepada ……………………………………………………………………
Tahun …………………………. memberi kebenaran kepada anak/anak jagaan saya mengambil
bahagian dalam perkhemahan tersebut di atas.
2. Sesungguhnya saya mengetahui dan faham bahawa pihak SK Juara, Bukit Mertajam
akan mengambil langkah-langkah keselamatan namun demikian saya mengaku tidak akan
mengambil sebarang tindakan undang-undang atau mahkamah terhadap pihak atau wakilnya
yang berkaitan dengan apa-apa kehilangan harta, kemalangan, kecacatan anggota atau
sebarang kecederaan lain terhadap anak/anak jagaan saya yang berlaku dalam perjalanan
pergi dan balik atau sepanjang perkhemahan tersebut.
3. Saya juga memberi kebenaran kepada pihak sekolah/pengelola/wakilnya memberi
rawatan kecemasan atau pertolongan perubatan kepada anak/anak jagaan saya jika didapati
perlu.
Sekian, terima kasih.
Pengakuan dibuat oleh: Saksi:
…………………… ………………………………………..
Tandatangan Tandatangan
Nama: Nama:
No. K/Pengenalan: No. K/Pengenalan:
Tarikh: Tarikh:
10 9
Lampiran G1
Contoh Surat Memohon Khidmat Hakim Pertandingan
Sekolah Kebangsan Juara, Rujukan Tuan:
Jalan Kulim, Rujukan Kami : SKJ /5/PPS/2003(15)
14000 Bukit Mertajam, Tarikh : 12 Jun 2003
Pulau Pinang.
Ketua Polis Daerah Bukit Mertajam,
Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah,
Polis Diraja Malaysia,
Pulau Pinang.
Tuan,
Permohonan Khidmat Hakim Pertandingan Kawat Kaki Sempena Perkhemahan Tahunan
Pasukan Pakaian Seragam Sekolah 2003
Sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sehubungan itu dimaklumkan bahawa pihak kami akan mengadakan Pertandingan
Kawat Kaki sebagai satu aktiviti dalam Perkhemahan Tahunan Pasukan Pakaian Seragam
Peringkat Sekolah 2003.
3. Oleh yang demikian bagi menjayakan Pertandingan Kawat Kaki tersebut dipohon jasa
baik tuan untuk memberikan pegawai-pegawai berikut pelepasan dari tugas dari pejabat tuan
untuk bertugas sebagai hakim dalam pertandingan tersebut yang akan diadakan pada
ketetapan berikut:
3.1 Tarikh : 22 Julai 2003
3.2 Masa : Mulai 2.30 petang
3.3 Tempat : Padang Kawat Sekolah Kebangsan Juara.
4. Anggota-anggota yang dicadangkan adalah L/Kpl 1047873 Abu Bakar bin Abu Talib
dan Kpl 572137 Abd Khalib bin Abd Hamid
5. Kerjasama serta sokongan tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan
terima kasih.
Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
…………………………………….
( ALI BIN ABDULLAH )
Guru Besar,
Sekolah Kebangsan Juara.
s.k 1. Pegawai Pendidikan Daerah Seberang Perai Utara & Tengah.
2. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah
3. Fail Perkhemahan
11 0
Lampiran H1
Contoh Surat Permohonan Khidmat Bantuan Daripada Pihak-Pihak Tertentu
Sekolah Kebangsaan Juara , Rujukan Tuan:
Jalan Kulim, Rujukan Kami: SKJ /5/PPS/2003(16)
14000 Bukit Mertajam, Tarikh : 21 Jun 2003
Pulau Pinang
Tuan Pengurus,
Pihak Berkuasa Air Pulau Pinang,
KOMTAR, Pulau Pinang.
Tuan / Puan,
Permohonan Membekal Bekalan Air Sepanjang Perkhemahan Tahunan Pasukan Pakaian
Seragam Peringkat Sekolah 2003
Sukacita dimaklumkan bahawa sekolah kami akan mengadakan Perkhemahan Tahunan
Pasukan Pakaian Seragam Peringkat Sekolah 2002 sepertimana ketetapan berikut.
1.1 Tarikh : 21 hingga 23 Julai 2003
1.2 Masa : Sepenuh masa
1.3 Tempat : Kawasan Padang Sekolah Kebangsaan Juara,
1.4 Penyertaan : 200 pelajar termasuk 15 guru / jurulatih
2. Oleh yang demikian bagi melicin dan menjayakan perkhemahan tersebut besarlah
harapan kami jika pihak tuan dapat meluluskan permohonan membekalkan bekalan air
sepanjang perkhemahan tersebut.
4. Kerjasama serta sokongan daripada pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan
ucapan ribuan terima kasih
Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah
……………………………….
( ALI BIN ABDULLAH )
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Juara
s.k 1. Pegawai Pendidikan Daerah Seberang Perai Utara & Tengah.
2. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah
11 1
Lampiran I1
Contoh Surat Permohonan Meminjam Peralatan.
Sekolah Kebangsaan Juara , Rujukan Tuan:
Jalan Kulim, Rujukan Kami: SKJ /5/PPS/2003(17)
14000 Bukit Mertajam Tarikh : 22 Jun 2003
Pulau Pinang.
Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat,
Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Mertajam,
14000 Bukit Mertajam Pulau Pinang
Memohon Meminjam Peralatan Yang Diperlukan Untuk Perkhemahan Tahunan Pasukan
Pakaian Seragam Peringkat Sekolah 2003
Sukacita dimaklumkan bahawa sekolah kami akan mengadakan Perkhemahan Tahunan
Pasukan Pakaian Seragam Peringkat Sekolah 2003 sepertimana ketetapan berikut:
1.1 Tarikh : 21 hingga 23 Julai 2003
1.2 Masa : Sepenuh masa
1.3 Tempat : Kawasan Padang Sekolah Kebangsaan Juara,
1.4 Penyertaan : 200 pelajar termasuk 15 guru / jurulatih
Oleh yang demikian bagi melicin dan menjayakan perkhemahan tersebut besarlah harapan
kami jika pihak tuan dapat meluluskan permohonan meminjam peralatan berikut:
4.1 Khemah 20 buah
4.2 Tali Karamental Dinamik 100 m
4.3 Tali Karamental Staqtik 100 m
4.4 Peralatan Aktiviti ( Topi, Harnes, Carabinar, pulley dan snap link )
5. Barang-barang tersebut jika diluluskan akan diambil pada 18 Julai 2003 dan akan
dipulang pada 25 Julai 2003. Kerjasama serta sokongan daripada pihak tuan amat dihargai
dan didahului dengan ucapan terima kasih
Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah
………………………………
( ALI BIN ABDULLAH )
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Juara.
s.k 1. Pegawai Pendidikan Daerah Seberang Perai Utara & Tengah.
2. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah
11 2
Lampiran J1
Contoh Surat Perlantikan Dalaman
Sekolah Kebangsaan Juara, Rujukan Tuan:
Jalan Kulim, Rujukan Kami: SKJ /5/PPS/2003(20)
14000 Bukit Mertajam, Tarikh : 20 Jun 2003
Pulau Pinang.
En. Samion bin Selamat,
Guru Penasihat Pasukan Pengakap,
Sekolah Kebangsaan Juara , Jalan Kulim,
14000 Bukit Mertajam Pulau Pinang
Tuan / Puan,
Surat Pelantikan Perkhemahan Pasukan Pakaian Seragam SKJ2 2003
Sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk dan berkaitan.
2. Sehubungan itu tuan/puan dengan ini dilantik sebagai __________________________
____________________________________________________dalam Perkhemahan Tahunan
Pasukan Pakaian Seragam Peringkat Sekolah 2003 yang akan diadakan sepertimana
ketetapan berikut: -
Tarikh : 21 hingga 23 Julai 2003.
Masa : 10.00 pagi 21/7 hingga 4.30 petang 23/7/20
Tempat : Kawasan Padang Sekolah Kebangsaan Juara
3. Bersama ini dilampirkan panduan tugas untuk makluman serta tindakan tuan
4. Kerjasama serta sokongan tuan amat dihargai dan didahului dengan ribuan terima
kasih.
Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
…………………………………….
( ALI BIN ABDULLAH )
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Juara
s.k. 1. Pegawai Pendidikan Daerah Seberang Perai Utara & Tengah.
2. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah.
11 3
BAB VII
PENGURUSAN HARI KOKURIKULUM SEKOLAH
PENDAHULUAN
Kegiatan Kokurikulum yang merangkumi aktiviti Pasukan Pakaian Seragam (Unit Beruniform),
Kelab/Persatuan serta Kelab Sukan dan Permainan merupakan aktiviti luar bilik darjah.
Kegiatan ini adalah sebahagian daripada proses pembelajaran di sekolah. Keperluan aktiviti ini
juga setara dengan kepentingan aktiviti dalam bilik darjah kerana peranannya sebagai
pengembang dan pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Pada masa ini sekolah menawarkan sebanyak 13 Pasukan Pakaian Seragam, lebih kurang 100
jenis Kelab/Persatuan serta 30 jenis Kelab Sukan dan Permainan. Setiap pelajar diwajibkan
menganggotai sekurang-kurangnya satu daripada setiap jenis aktiviti tersebut.
Memandangkan kepentingan aktiviti kokurikulum ini kepada pelajar dan guru-guru, maka setiap
sekolah disarankan untuk mengadakan Hari Kokurikulum Sekolah yang merupakan kemuncak
kepada aktiviti kokurikulum sekolah. Di Maktab Perguruan sambutan ini disebut sebagai Hari
Kemuncak GERKO. Oleh kerana Hari Kokurikulum ini cukup bermakna kepada warga sekolah,
maka hari tersebut perlu dilaksanakan dengan baik dan mengikut peraturan-peraturan yang
ditetapkan.
Sebelum menjalankan Hari Kokurikulum Sekolah, pihak sekolah hendaklah telah merancang
untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti berikut:
– Pendaftaran Persatuan Sekolah.
– Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Guru Penasihat dan Ahli Jawatankuasa
Persatuan Sekolah.
– Kursus Perjalanan dan Pengurusan Persatuan Sekolah.
– Penilaian Aktiviti Persatuan Sekolah (Kokurikulum).
– Mesyuarat Agung dan Penyerahan Tugas.
PROSEDUR PENGURUSAN HARI KOKURIKULUM SEKOLAH
Pengurusan berdasarkan kepada tiga tahap:
– Sebelum aktiviti (pra)
– Semasa aktiviti dijalankan
– Selepas aktiviti (post)
SEBELUM AKTIVITI (PRA)
1. Penyediaan kertas konsep / kertas kerja pelaksanaan Hari Kokurikulum.
1.1 Pastikan penekanan dibuat berdasarkan fokus aktiviti kokurikulum.
a) Ikhtisas
b) Kemasyarakatan
c) Penyuburan diri
1.2 Pengisian dalam kertas konsep.
a) Nama program
b) Pendahaluan/latar belakang
c) Rasional
d) Objektif
11 4
e) Skop pendekatan
f) Konsep
g) Tema
h) Tarikh aktiviti/pelaksanaan
i) Jangka masa pelaksanaan
j) Tempat dicadangkan
k) Kumpulan sasaran dan bilangan peserta
l) Tetamu jemputan
m) Kewangan – bayaran penyertaan dicadangkan
– Pendapatan
– Anggaran perbelanjaan
n) Atur cara program
o) Senarai nama jawatankuasa induk
p) Senarai nama jawatankuasa kecil
q) Dif jemputan perasmian/penutup
r) Penutup
s) Lampiran
i. Pelan lokasi (tempat majlis)
ii. Senarai semak aktiviti
iii. Senarai tugas jawatankuasa.
2. Mendapatkan kebenaran/maklumat bertulis kepada:
Pengetua
Pejabat Pendidikan Daerah
Jabatan Pendidikan Negeri
Ibu/bapa/penjaga
Pihak-pihak berkenaan
– Polis
– Jabatan Hutan dll.
3. Mesyuarat jawatankuasa induk:
Perlantikan AJK Kecil;
– Urusetia
– Protokol – (Perlantikan pegawai protokol sangat perlu)
– Perasmian pembukaan/penutup
– Peralatan
– Pendaftaran
– Penginapan
– Pertandingan
– Ceramah
– Jemputan
– Sambutan
– Hadiah dan Cenderamata
– Jamuan
– Kerohanian/Riadhah
– Siaraya
– Juru acara
– Pembaca doa
– AJK lain mengikut keperluan
– Kem komandan, ketua seksyen, urusetia, tukang masak dll.
11 5
Penentuan anggaran perbelanjaan;
– Sumber kewangan – yuran, bantuan PIBG, wang SUWA
– Sewa/bayaran – khemah, pengangkutan, pemandu arah
– Peralatan dan senarai keperluan
– Persendirian
– Kumpulan (Ruj: Pekeliling Ikhtisas bil1/1986 – Penerimaan hadiah
& sumbangan)
Tapak/tempat aktiviti:
– Lokasi (pelan lokasi)
– Kemudahan
Penentuan dif jemputan untuk perasmian/penutup:
(Rujuk Pekeliling Ikhtisas bil3/1991 dan bil. 9/1991)
– Perlu sekali Pengerusi membuat kunjungan hormat kepada VVIP yang
dipilih)
Perbincangan/pembentangan peraturan perkhemahan/aktiviti Hari Kokurikulum/prosedur
lawatan.
– Setiap peserta (pelajar mesti mendapat kebenaran ibu bapa)
– Mematuhi arahan guru penasihat
– Menepati waktu
– Tidak dibenarkan keluar kawasan perkhemahan (jika berkhemah)
melainkan mendapatkan kebenaran kem komandan.
– Dilarang membuat perhubungan dengan pihak luar
– Dilarang membawa barang-barang berharga
– Mengadakan giliran tugas/sentri
– Senyap/tidur semasa lampu padam
– Memberitahu guru/kem komandan jika sakit
– Mengadakan tali parameter sekeliling kawasan aktiviti
– Ketua hendaklah mengira bilangan ahli pada setiap masa.
4. Mengedarkan borang penyertaan peserta.
5. Mesyuarat jawatankuasa kecil.
6. Mesyuarat jawatankuasa induk kali ke-2, ke-3 dan seterusnya untuk membincangkan
perkembangan majlis dan mendapat laporan jawatankuasa.
7. Raptai
8. Persediaan jawatankuasa sebelum program dijalankan:
– Senarai jemputan telah dikemaskini
– Persediaan kad jemputan – disemak dan dihantar untuk dicetak selewatlewatnya
3 minggu lebih awal. Sertakan kad jawapan.
– Penghantaran kad jemputan selewat-lewatnya 2 minggu sebelum untuk
membolehkan tetamu menjawab.
– Buku program disediakan dan dihantar kepada pencetak awal dan dibuat
semakan (proof reading).
– Backdrop jika perlu.
– Surat kebenaran ibu bapa dan insuran pelajar telah dilaksanaan.
– Kalau diadakan di tempat jauh – Kemudahan pengangkutan dibereskan.
– Gunakan senarai semak untuk memudahkan urusan.
– Persetujuan perasmi.
11 6
SEMASA AKTIVITI DIJALANKAN
1. Pentadbiran.
1.1 Urusetia
1.2 Pendaftaran
1.3 Pembahagian tugas
1.4 Jadual aktiviti
1.5 Kawalan
1.6 Pengurusan alatan.
2. Penyediaan tempat / Mendirikan khemah
Jika Berkhemah: – Kedudukan khemah-khemah – VVIP/peserta.
– Tempat memasak
Bekalan makanan
– Khemah pertolongan cemas
– Khemah beribadat
– Tempat pameran.
Gajet – Tempat pinggan
– Penyidai pakaian
– Para kasut
– Rak-rak dapur.
Kesihatan Am – Lubang tandas
– Lubang sampah
– Kekemasan dapur
– Bilik air.
3. Upacara /istiadat – Persiapan tempat – kerusi VVIP dll.
– Baris lintas (dengan iringan pancaragam)
– Nyanyian lagu – Sekolah, Negeri, Negaraku
– Menaikkan bendera – persatuaan/kelab/sekolah/
negeri/Malaysia
– Penyampaian hadiah/sijil/tauliah/pingat/lencana
– Upacara perasmian – ikut protocol
– Penyerahan tugas AJK lama kepada AJK baru.
4. Kawalan dan penjagaan tempat/khemah (jika bermalam)
– Sentri malam
– Penjagaan barangan
– Kawalan kebersihan
– Tali keliling khemah
– Kod keselamatan
5. Perjalanan program perkhemahan/Aktiviti Hari Kokurikulum.
5.1 Program perkhemahan/Hari Kokurikulum seperti ditetapkan:
– Pertandingan
– Kawat kaki
– Riadhah
– Pameran – aktiviti unit dan mengikut kreativiti unit
– Malam kebudayaan
– Penyerahan tugas (dijalankan selepas perbarisan masuk unit dan
selepas pemeriksaan perbarisan oleh Tetemu Kehormat.
11 7
– Perasmian
– Persembahan/penutup.
5.2 Acara sambutan
– Menyambut tetamu jemputan
– Kompang
– Bunga manggar
– Silat dll.
– Pemeriksaan perbarisan
– Menaikkan/memecah bendara – (acara ini dijalankan pada akhir majlis
perasmian) (bendera unit dinaikkan di tiang masing-masing. Setiap unit
perlu memastikan keadaan bendera dan tiang bendera unit masingmasing.
Semasa lagu Negaraku dimainkan hanya Bendera Malaysia
sahaja dinaikkan. Bendera lain telah dinaikkan lebih awal)
– Susunan tempat duduk VVIP
– Susunan meja makan VVIP
– Rostrum/tempat berucap (ikut/kreativiti/protokol)
– Ucapan-ucapan.
– Persembahan
– Pemberian hadiah – dulang dll.
– Cenderamata
– Lawatan ke pameran/khemah.
6. Pelaksanaan tugas-tugas AJK mengikut perancangan/senarai tugas ditetapkan.
7. Bersurai.
7.1 Berkemas barang peribadi dan kumpulan
7.2 Membersihkan kawasan dan alatan
7.3 Menyusun dan menyimpan barang-barang dan alatan
7.4 Meruntuhkan gejet dan mengumpulkannya di satu tempat
7.5 Menimbus lubang sampah dan tandas digali
7.6 Mengira semula bilangan ahli perkhemahan/peserta
7.7 Meronda seluruh kawasan perkhemahan/aktiviti
7.8 Mengedarkan borang-borang penilaian
7.9 Bersurai meninggalkan tempat aktiviti/perkhemahan
SELEPAS AKTIVITI
1. Membersihkan dan mengemaskan alatan/khemah
2. Memulangkan/menyimpan alatan/khemah
3. Membuat penyata kewangan
4. Laporan dan penilaian/postmortum
5. Surat penghargaan/terima kasih kepada yang berkenaan.
11 8
CONTOH ATUR CARA MAJLIS
7.30 pg. – Semua pelajar berkumpul di astaka mengikut unit masing-masing
– Guru-guru mengambil tempat di astaka
7.40 – Pelajar-pelajar mewakili perbarisan bersedia untuk upacara
perbarisan masuk
8.00 – Pengetua dan tetamu kehormat mengambil tempat di astaka
8.05 – Perbarisan masuk unit-unit dengan iringan pancaragam
8.20 – Nyanyian Lagu Sekolah, Negeri dan Negaraku
– Doa
– Ucapan Pengetua
– Ucapan Perasmian oleh Tetamu Kehormat
– Penyampaian sijil-sijil
– Perbarisan berjalan keluar
– Persembahan pancaragam
– Persembahan Seni Silat
– Persembahan Taekwando
11.00 – Lawatan ke pameran dan tapak perkhemahan
12.00 – Jamuan ringan
– Kawasan perkhemahan dibuka kepada pelajar
(lawatan ke pameran dan tapak perkhemahan)
– Bersurai.
CONTOH ANUGERAH-ANUGERAH KHAS
1. Anugerah Sri Budiman (Guru dan Pelajar contoh kepimpinan)
2. Anugerah Cemerlang Tatasusila
3. Anugerah Khas Cemerlang Kokurikulum (Guru, Pelajar Lelaki dan Perempuan)
4. Anugerah Bidang Sukan
a) Anugerah Full Colours
b) Anugerah Half Colours
Anugerah Colours merupakan anugerah yang diberikan kepada pelajar yang
menunjukkan kecemerlangan dalam bidang sukan.
Anugerah ini disampaikan setiap tahun sempena Majlis Hari Kokurikulum Sekolah.
Syarat-syarat untuk mendapat anugerah ialah:
Full Colours – Mewakili Negara, atau
– Mewakili Negeri dan menang (mendapat tempat pertama, kedua
atau ketiga) dan telah menerima Half Colours, atau
– Mewakili Negeri selama tiga tahun dengan prestasi yang
cemerlang dan menerima Half Colours.
Half Colours – Mewakili Negeri, atau
– Mewakili Daerah selama tiga tahun dengan prestasi yang
cemerlang dengan mendapat tempat pertama, kedua atau ketiga)
atau
– Mewakili sekolah selama tiga tahun dan memberi pengaruh yang
positif kepada pasukan sekolah (pelajar tingkatan 3, 4 dan 6
Atas).
Semua syarat di atas adalah tertakluk kepada pencapaian akademik yang memuaskan
dan disiplin yang baik.
11 9
CONTOH TEKS JURUACARA
Nama Majlis: Majlis Perasmiaan Hari Kokurikulum Sekolah
Tempat: Astaka Sekolah
Tarikh: 29 Ogos 2002
Hari: Sabtu
Masa: 7.30 pagi
1. Cue (0730)
Semua pelajar berbaris di hadapan astaka mengikut pasukan pakaian seragam masingmasing.
Guru-guru dan jemputan mengambil tempat duduk di astaka.
2. Pengumuman (0740)
Pelajar-pelajar yang terlibat dengan perbarisan dipohon bersedia. Majlis akan bermula
sebentar lagi.
3. Cue (0755)
Menerima isyarat apabila VIP tiba.
4. Pengumuman (0800)
Mengumumkan ketibaan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dengan diiringi oleh
Pengarah Pendidikan Negeri, Pegawai Pendidikan Daerah dan Pengetua Sekolah.
5. Cue (0805)
Apabila VIP dan semua hadirin duduk.
Perbarisan lintas hormat.
Nyanyian Lagu Sekolah, Negeri dan Negaraku.
Bacaan Doa.
6. Pengumuman (0805)
Yang Berbahagia Dato’ Menteri Besar, Yang Berusaha Tuan Pengarah Pendidikan
Negeri, Yang Dihormati Tuan Pegawai Pendidikan Daerah, Tuan Pengetua Sekolah,
Tuan-Tuan, Puan-Puan para hadirin yang saya hormati sekalian.
Majls akan dimulakan dengan perbarisan lintas hormat yang akan didahului oleh
Pasukan Pancaragam Sekolah.
(Setiap pasukan melintas di hadapan pentas/tetamu ulasan pasukan diberikan)
Pasukan Pancaragam Sekolah dianggotai seramai 82 pelajar dengan dipimpin oleh
Drum Major Hashim bin Endut dan dilatih oleh Jurulatih/Guru Pemimpin Encik Shaari bin
Tulus. Pasukan kedua ialah Pasukan Bulan Sabit Merah ………………………….
(sehinggalah semua pasukan telah mengambil tempat dan diteruskan dengan Nyanyian
Lagu Sekolah, Negeri dan Negaraku dengan dipimpin dan diiringi oleh Pasukan Koir dan
Pancaragam Sekolah).
Yang Berbahagia Dato’, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sakalian.
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana memberikan rahmat dan hidayah kepada kita yang
sama-sama dapat hadir dalam majlis yang mulia ini.
Majlis akan diteruskan dengan bacaan doa. Untuk itu majlis mempersilakan Ustaz
Awang Salleh untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilkan.
7. Cue (0830)
Selesai bacaan doa.
Ucapan Pengetua.
12 0
8. Pengumuman
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz.
Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berusaha Pengetua Sekolah untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan.
Dipersilakan.
9. Cue (0900)
Selesai ucapan
Ucapan Tetamu Kehormat
10. Pengumuman
Majlis merakamkan ribuan terima kasih
Untuk meneruskan Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Amat
Berhormat Menteri Besar (ditulis nama dangan gelaran sepenuhnya) untuk
menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
11. Cue (0930)
Selesai ucapan
Penyampaian Hadiah dan Cenderamata\
12. Pengumuman
Majlis mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih di atas ucapan dan
perasmian yang telah dilakukan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar.
Majlis sekali lagi dengan hormatnya menjemput Pengetua Sekolah untuk mengiringi
Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk menyampaikan Sijil dan Hadiah kepada
pemenang-pemenang.
Hadiah Penglibatan Kokurikulum:
Dipersilakan En.Johan Endut sebagai Guru Pemimpin/Penasihat Cemerlang dalam
pengurusan Persatuan Sekolah.
Dipersilakan Hassan bin Din sebagai pelajar lelaki cemerlang dalam kegiatan
kokurikulum di sekolah dan diluar sekolah.
Dipersilakan Fatimah bte Abdul Samad sebagai pelajar perempuan cemerlang dalam
kegiatan kokurikulum di sekolah dan diluar sekolah.
Hadiah Colours:
Dipersilakan Encik Amri bin Jumali sebagai pemain bolasepak pasukan PKSPP yang
menjadi johan diperingkat kebangsaan dipertandingan MSKPPM.
Dipersilakan Osman bin Ismail memperolehi ’FULL COLOURS’ sebagai pemain hoki
Negeri Johor yang telah menjadi johan pertandingan peringkat MSSM dan dipilih
mewakili Malaysia di pertandingan peringkat Sekolah-Sekolah ASEAN.
( …………………… dan yang lain-lain)
Dipersilkan Yang Berusaha Tuan Pengetua Sekolah untuk menyampaikan Cenderahati
kepada yang Berhormat (nama dan gelaran sepenuhnya) demi mengenang kesudiaan
beliah menyampaikan hadiah-hadiah tadi.
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang Berhormat di atas
penyampurnaan acara penyampaian hadiah.
12 1
13. Cue (1030)
Yang Berhormat duduk.
Perbarisan Berjalan keluar.
Persembahan
14. Pengumuman
Dipersilkan Pancaragam Sekolah untuk mengiringi Pasukan Pakaian Seragam berjalan
keluar dan seterusnya membuat persembahan permainan mereka. Ini akan diikuti oleh
persembahan dari Persatuan Silat dan Teakwando Sekolah.
15. Cue (1100)
Selesai persembahan
Lawatan pameran dan tapak perkhemahan
Jamuan
16, Pengumuman
Majlis sekali lagi dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Tuan
Pengetua Sekolah untuk mengiringi dan mempersilakan Yang Amat Berhormat Menteri
Besar, Pengarah Pendidikan Negeri, Pegawai Pendidikan Daerah dan tetamu-tetamu
melawat pameran dan tapak perkhemahan seterusnya ke jamuan makan tengahari di
Dewan Sekolah.
Ucapan pengharagaan dan terima kasih kepada para hadirin kerana sudi bersamasama
untuk melawat pameran dan tapak perkhemahan serta bersama-sama menjamu
selera ditempat yang telah disediakan.
CONTOH TEKS BACAAN DOA
1. DOA SELAMAT
Ya Allah, kami mohon KepadaMu kebaikan sama ada yang kami telah tahu atau yang belum
kami ketahui, kurniakan kami ni’mat dan rahmat yang berpanjangan, tubuh badan yang sihat,
’akal fikiran yang sejahtera, semangat yang membara bagi mempertingkatkan kualiti kerja.
Ya Allah, kami mohon perlindunganMu dari segala keburukan, hasad dengki dan iri hari, sama
ada kami telah tahu atau belum kami ketahui, ya Allah, lembutkan dan satukanlah jiwa-jiwa
hambaMu ini, agar wujud kesepakatan dan kesefahaman antara kami, bagi menunaikan tugas
yang diamanahkan, dengan lebih berkesan, meneruskan khidmat bakti kepada agama, bangsa
dan negara.
12 2
2. DOA MESYUARAT
Ya Allah, kami mohon limpah kurnia dan eshsanMu, anugerahkan kami ’ilmu yang
bermanfa’at hati yang khusu’. Amalan yang Engkau terima, rezeki yang luas, jalan yang
lurus yang Engkau redhai, bukakanlah pintu hati kami, agar kami sentiasa mendapat
taufiq dan hidayah, mampu membuat keputusan dengan tepat, selari dengan
kehendakMu ya Allaah, untuk membina insan rabbani yang berkualiti dan masyarakat
cmerlang disamping memperoleh rahmat dan keredahaanMu.
Ya Allah, terimalah segala kerja dan khidmat bakti kami dengan sempurna, sebagai
’amal ’ibadah kami kepadaMu.
12 3
3. DOA KESEJAHTERAAN
Ya Allah, kami mohon kepadaMu, agar diperlokkan agama yang menjadi pegangan
urusan hidup kami, dunia yang menjadi tempat sementara hidup kami, akhirat yang
menjaddi tempat kami akan kembali, jadikanlah hidup ini untuk menambahkan kebaikan
dan mati kami untuk merehatkan diri dari segala keburukan.
Ya Allah, perbaikilah diri kami, jinakkanlah antara hati kami, tunjukkanlah kami jalan
yang selamat, selamatkan kami daripada kegelapan kepada yang terang, jauhkanlah
kami daripada perbuatan keji, baik yang nampak, mahupun yang tersembunyi, ya Allah,
limpahkanlah keberkatan kepada kami, pendengaran dan penglihatan kami, para isteri
kami, sahabat handai dan rakan taulan kami seerta para pemimpin kami yang telah
berjasa kepada kami.

About these ads

Tiada Respons to “PROSEDUR TETAP PERKHEMAHAN”

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: